Sabtu, 31 Oktober 2009

Ilmu Tauhid

Apakah nama2 lain bagi ilmu Tauhid itu???

1) Ilmu al-kalam, ia terbahagi kepada 4 bahagian pula , iaitu :-
* Kalam Ismii
* Kalam Nafsanii
* Kalam Masdarii
* Kalam Lafzii ( Al-Quran )
2) Ilmu Usuluddin, iaitu ilmu asas Agama.
Manakala ilmu Fiqh pula ialah ilmu Furu` ad-din iaitu ilmu cabang2 Agama.
Seseorang itu akan sempurna dengan adanya 3 perkara ini , iaitu :-
* Iman - ilmu Tauhid = Usuluddin
* Islam- ilmu Feqah = Furu` ad-din
* Ihsan- ilmu Tasawuf= Ihsanuddin
3) Ilmu as-sifat
4) Ilmu A`qaidil-imaan
*Iaitu ilmu yang menerangkan tentang perkara yang kita perlu beriman dengan Allah, Malaikat,Rasul2,Kitab2, Hari Qiamat dan Qadha` / Qadar.
* Kita perlu simpulkan di dalam hati kita dengan 50 aqidah, iaitu :-
Pada kalimah " LA ILAHA ILLALLAH " mempunyai 41 perkara , iaitu : 20 sifat wajib bagiNYA, 20 sifat mustahil bagiNYA dan 1 sifat harus bagiNYA.
Pada kalimah "MUHAMMADURRASULULLAH " pula mempunyai 9 perkara iaitu 4 sifat wajib, 4 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi Rasulullah itu.

Tiada ulasan: