Memaparkan catatan dengan label Thaqafah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thaqafah. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Oktober 2009

Ilmu Tauhid

Apakah nama2 lain bagi ilmu Tauhid itu???

1) Ilmu al-kalam, ia terbahagi kepada 4 bahagian pula , iaitu :-
* Kalam Ismii
* Kalam Nafsanii
* Kalam Masdarii
* Kalam Lafzii ( Al-Quran )
2) Ilmu Usuluddin, iaitu ilmu asas Agama.
Manakala ilmu Fiqh pula ialah ilmu Furu` ad-din iaitu ilmu cabang2 Agama.
Seseorang itu akan sempurna dengan adanya 3 perkara ini , iaitu :-
* Iman - ilmu Tauhid = Usuluddin
* Islam- ilmu Feqah = Furu` ad-din
* Ihsan- ilmu Tasawuf= Ihsanuddin
3) Ilmu as-sifat
4) Ilmu A`qaidil-imaan
*Iaitu ilmu yang menerangkan tentang perkara yang kita perlu beriman dengan Allah, Malaikat,Rasul2,Kitab2, Hari Qiamat dan Qadha` / Qadar.
* Kita perlu simpulkan di dalam hati kita dengan 50 aqidah, iaitu :-
Pada kalimah " LA ILAHA ILLALLAH " mempunyai 41 perkara , iaitu : 20 sifat wajib bagiNYA, 20 sifat mustahil bagiNYA dan 1 sifat harus bagiNYA.
Pada kalimah "MUHAMMADURRASULULLAH " pula mempunyai 9 perkara iaitu 4 sifat wajib, 4 sifat mustahil dan 1 sifat harus bagi Rasulullah itu.

Tanda-tanda Hari Qiamat

1) Terbit matahari sebelah barat
2) Keluarnya Dajjal
3) Keluarnya Dabbah( Dabbah ini merangkumi unsur2 binatang, ciri2nya iaitu seperti berikut :-
* kepala lembu
* mata khinzir
* telinga gajah
* warna harimau
* dada singa
* tengkok burung unta
* pinggang kucing
* tanduk unta
* ekor kibas
* tapak kaki unta
4) Keluarnya Ad-dukhan (asap yang terdapat di langit selama 40 hari)
* Orang beriman yang terkena asa tersebut, akan mengalami selsema.
* Orang kafir yang terkena asap tersebut pula , akan menjadi gila.
5) Keluarnya Ya`juj dan Ma`juj.
Mereka akan singgah di sebuah tasik untuk meminum air tasik itu sehingga kering kontang, begitu banyaknya mereka.
6) Akan berlaku 3 jenis gempa bumi ,iaitu :-
* Di Maghribi ( barat )
* Di Masyriq ( selatan)
* Di Semenanjung Arab
7) Keluarnya api dari negeri A`dan, Yaman yang akan menghalau semua manusia ke Padang Mahsyar. Negeri Mahsyar boleh dibahagikan kepada 4 negeri iaitu :-
* Lubnan
* Syria
* Palestin
* Jordan