Ahad, 8 November 2009

DEFENISI PEMIMPIN

" Kepimpinan bermaksud bagaimana seseorang itu mengendalikan , mengelolakan dan proses tindakan atau menggerakkan sesuatu badan dan lain-lain . Kepimpinan juga boleh dirumuskan sebagai proses mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan organisasi ".
Jaafar Muhammad (1997) dalam bukunya , Kelakuan Organisasi Leeds Publications , KL

Apabila hendak di lantik menjadi pemimpin , status pelajar itu adalah Pemimpin di peringkat sekolah . Pemimin perlu diasuh , dibimbing dan di beri tunjuk ajar agar dapat mengamalkan nilai-nilai kepimpinan terpuji .

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BERJAYA

* Cemerlang dalam pelajaran
* Memiliki sahsiah yang baik
* Bertanggungjawab
* Amanah
* Tolenrasi dan tegas
* Menghargai rakan
* Bijak berkomunikasi
* Boleh berbincang
* Sanggup menghadapi risiko
* Berfikiran terbuka dan positif

Perbandingan Antara Pemimpin dan Bukan Pemimpin

PEMIMPIN

* Bersikap terbuka, penyelesai masalah, pemberi nasihat
* Selesa dengan ahli kumpulan
* Pendengar yang baik
* adil dan mudah didekati
* Rendah diri serta tabah menghadapi dugaan
* Bertolak ansur dan percaya pada orang lain
* Berterus terang dan mengakui kesalahan diri
* Membahagi tugas sesama ahli dan menghormati dan menghargai tugas mereka
* Sentiasa mencari jalan agar pengikut lebih produktif , fokus pada matlamat kumpulan, dan bagaimana memberi ganjaran pada mereka

BUKAN PEMIMPIN

* Mengarah dan menginginkan ia dilaksanakan
* Mementingkan kepentingan diri dan status
* Tidak selesa kepentingan diri dan status
* Tidak selesa bekerja dengan ahli kumpulan
* Pandai bercakap sahaja
* Adil dengan ahli tertentu sahaja serta sombong
* Mengelak diri dari menghadapi masalah
* Tidak bertolak ansur dan sukar percaya pada orang lain
* Manipulatif serta menyalahkan orang lain
* Semua keputusan dibuat sendiri dan tidak menghormati dan menghargai tugas ahli

Isnin, 2 November 2009

الواجبات أكثر من الأوقات

Masa itu emas kerana masa itu amat berharga.
Oleh demikian, kita mesti bijaksana di dalam menguruskan masa kita dengan sebaiknya.
> Kita mesti ada masa yang tersusun supaya tidak sibuk , ;-
1) Masa beribadah
2) Masa makan
3) Masa tidur
4) Masa rehat
5) Masa riadhoh
6) Masa bersama keluarga / masyarakat
7) Masa untuk menambah ilmu pengetahuan
> Bagaimana untuk kita mendisiplinkan masa kita??
1) Mesti ada pengurusan masa.
2) Meninggalkan majlis2 yang membuang masa.
3) Membuang sifat melampau di dalam setiap perkara contoh makan/tidur dll.
4) Mendampingi orang2 aa`lim.
5) Membaca qisah2 Ulama`/ Anbiya`.