Khamis, 25 Februari 2010



SALAM MAULIDUR RASUL 1431H...
Perbanyakkanlah berselawat ke atas Baginda S.A.W,
Semoga kalian peroleh pahala dan syafaat oleh Baginda di akhirat sana...
SOLLALLAHU `ALAA MUHAMMAD, SOLLALLAHU `ALAIHI WASALLAM...
YA NABI SALAM `ALAIKA, YA RASUL SALAM `ALAIKA...
SHOLAWATULLAHI `ALAIKA....

Jumaat, 19 Februari 2010

RENUNGAN – SIRATHAL MUSTAQIM

Tak kala Rasulullah S.A.W pada suatu hari sedang duduk-duduk bersama-sama beberapa sahabat , maka beliau membuat garis di atas tanah dengan tongkatnya . Mula-mula baginda buat satu garis panjang dan lurus , kemudian di kanan-kiri garis lurus itu baginda buat pula beberapa garis melintang . Sambil menunjuk kepada garis panjang-lurus itu , baginda berkata : “ Inilah jalan Allah (Sabilullah) ”
Kemudian baginda tunjuk pula garis melintang da kanan-kiri garis lurus itu dan berkata : “ Inilah jalan bersimpang-siur . Pada tiap-tiap jalan itu ada syaitan yang selalu merayu ”. Demikian diterangkan dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Ad-Darimi dari Ibn Mas`ud.
Dalam kehidupan ini memang banyak jalan-jalan yang terbentang . Ada jalan yang lurus , datar dan lain-lain , ada pula jalan yang berliku-liku , penuh dengan ranjau dan duri , jalan mendaki , jalan menurun , jalan yang tak ada penghujung……dan lain-lain.
Tiap-tiap manusia yang normal tentu akan memilih menempuh jalan yang lurus itu . Menurut istilah Agama ( Islam ) , jalan yang lurus itu dinamakan SIRATHAL MUSTAQIM…
Sabda Nabi S.A.W : “ Berpeganglah dengan dua perkara ini ( Al-Quran dan As-Sunnah ) , nescaya kamu tidak akan sesat ” .