Sabtu, 22 Jun 2013


Renungan buat diriku juga sahabat...
Bekunya air mata dari kerasnya hati,
Kerasnya hati dari banyaknya dosa,
Banyaknya dosa dari lupanya mati,
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia...

Ketahuilah, sahabat...
penyakit umat akhir zaman adalah : Takutkan mati & cintakan dunia.

(( Berbahagialah orang yang dapat menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya )) ~ Saidina Ali ~

> Ayuh, perbaikilah & ubahlah diri sendiri kerana tiada siapa yang mampu mengubah dirimu melainkan diri sendiri.. 
> Kekuatan itu adalah ALLAH, jika mahukan kekuatan maka carilah ALLAH...

(( Jangan sia-siakan kehidupan yang tidak lama ini, perbanyakkanlah kebaikan selagi mampu, jangan sia-siakan pintu taubat yang masih terbuka, perbanyakkanlah berdoa`, berlumba-lumbalah berbuat kebaikan dengan orang-orang soleh )) ~ Syeikh Abd. Qadir al-Jailani ~

> Sesungguhnya, Allah sangat menyukai hambaNYA yang selalu bertaubat..
Segeralah bertaubat ( kembali kepadaNYA ) , jangan menyesal dikemudian hari..
> Hapuskanlah segala dosa-dosa yg telah lalu ( baik ucapan, tulisan, perbuatan ), moga terus kuat dan sabar di dlm menempuh hari-hari yang berbaki dengan pelbagai onak-duri cabaran kehidupan hari ini..

* Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjagamu *

~ Salam Mujahadah min Faqiroh Haqiroh ~