Ahad, 25 Oktober 2009

Siapa Khalifah Allah di Bumi

Pengertian kepada kalimah khalifah telah pun dinyatakan oleh
Imam Al Mawardi dalam Ahkam Sultaniah iaitu :
خلافه النبوة فى حراسة و سياسة الدنيا به
Demi mengenal pasti kepada siapakah tugas khalifah ini diserah dan diamanahkan, Allah SWT menjelaskan di dalam firmannya :
قال تعالى: يا داود انا جعلناك خليفة فى الأرض فاصكم بين الناس بالحق قال تعلى: وعد الله الذين آمنوا منكم و عملوا الصالحات ليستخلفنكم فى الأرض وقال تعلى: ان الأرض يرثها عبادى الصالحون
Maksud kepada ayat-ayat ini menjelaskan kepada manusia bahawa di sana ada satu lapisan yang benar-benar berpatutan untuk menerima tugas sebagai pemimpin dan khalifah di muka bumi ini.
Peribadi Seorang Pemimpin
1. Seorang yang berjiwa bersih
Pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai jiwa yang bersih sedang ia adalah sifat terpenting kepada pemimpin gerakan Islam. Sifat sedemikian menjadikan pemimpin mampu menghayati dan merasai beratnya amanah yang dipikul dan betapa perlunya ia dilaksanakan.
2. Ikhlas perkara utama.
Pemimpin tidak tertipu dengan kerja yang bertimbun-timbun sehingga boleh mengikis ciri keikhlasan kepada Allah dalam pelaksanaan tugas yang kelak hanya dinilai oleh Allah sebagai debu yang berterbangan.Benarlah firman Allah swt :وقدمنا الى ما عملوا من عمل فجعلناه هباء منثور
ا3. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan kuat.
Pemimpin tidak boleh mengabaikan kesihatannya. Sesungguhnya mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang dhoif. Tuntutan dan bebanan kerja yang berat tidak dapat dilaksanakan oleh seorang muslim yang lemah lagi dhoif.
4. Mempunyai kekuatan mental dan daya fikir.
Akal amat memerlukan kepada bahan-bahan tambahan yang boleh membawa kepada taraf kesuburan, kematangan, dan kemantapannya. Lantaran itu pemimpin tidak boleh bersikap memadai dengan apa yang ada, sekadar secebis ilmu pengetahuan sahaja, tidak dapat berlumba dengan perkembangan semasa maka ia tidak akan dapat menghadapi cabaran serta tidak mampu memimpin dengan cara yang terbaik.

Tiada ulasan: