Jumaat, 19 Mac 2010

Program 3 in 1

Musim sekolah cuti penggal pada 12-20 hb mac... apa lagi, mesti ada banyak program yang bakal dianjurkan kepada pelajar2 sekolah..
untuk pengetahuan sahabat2 di luar sana, kerajaan Negeri Kedah telah menganjur beberapa program pada cuti bulan mac ini.. antaranya,Kem Anak Soleh. terdapat 5 Kem Anak Soleh yang berlangsung pada tarikh yang sama iaitu pada 13-15 hb mac tapi di tempat yang berlainan iaitu di Maktab Mahmud Pendang, Baling,Kulim, Sik dan Pulau Langkawi.. satu lagi Kem Anak Soleh khas untuk anak2 nelayan diadakan di Kompleks Muassasah Darul Ulum iaitu pada 13-16 hb mac..
Tidak lupa juga kepada peserta Kem Bina Sahsiah siri6 (2009), Akademi Fesilitator Islam Kedah (AFIK) mengambil kesempatan untuk mengadakan Re-union KBS 6 pada 12-14 hb mac juga yang bertempat di Muassasah Darul Ulum..
Sesi pengajianku di KIDU baru bermula seminggu, dan kami MPMKIDU juga telah menganjurkan program Minggu Silaturrahim buat adik2 baru yang masuk melangkah ke KIDU, program ini berlangsung pada 11-13 hb mac...

MasyaAllah,bayangkan macam mana la nak conduct ketiga-tiga program dalam masa yang sama..?? tapi ana cuba membantu sekadar yang mampu sahaja..

Sahabat2, tahukah anda banyak pengalaman yang dapat ana peroleh daripada semua ini..Cubaan!!!
Kita perlu ingat,kita mempunyai banyak perkara yang perlu dilaksanakan..bukan sahaja kita berada di dalam kuliah untuk menadah kitab semata2 tetapi kita juga mesti bersama2 duduk di dalam kelompok masyarakat dan membantu mereka..

~ PERJUANGAN NO. 1 , PELAJARAN BUKAN NO. 2 ~

Tiada ulasan: