Jumaat, 19 Mac 2010

Aktiviti pd Cuti semester

Pada 2 hb feb ana dan sahabat ana nuurul,kami pergi ke Pondok Bukit Lada...
Di sana, kami tinggal di rumah mak lang iaitu rumah mak Ustaz Abd. Ghani(KIDU). Tujuan kami ke sana asalnya untuk membantu mengajar adik2 PASTI sahaja tapi alhamdulillah, bukan setakat mengajar. Kami juga menjadi penuntut ilmu di surau berhampiran di pondok tersebut, banyak ilmu yang dapat kami peroleh di situ..

Alhamdulillah,kami berada di sana selama sebulan..aktiviti kami di sana, pagi2 solat subuh berjemaah di surau,kemudian ada tilawah al-Quran pula beramai-ramai bersama nenek2.. kemudian pada 8.15 pagi kami pun bersiap2 untuk pergi ke PASTI untuk mengajar adik2 di sana.. MasyaAllah, macam2 karenah la adik2 nie. ada yang mahu belajar,ada yang mahu bermain ish2 biasa la nama pun budak2 nk buat macam mana..?
Kelas tamat pukul 12.00 t/hari, kami pulang untuk menyediakan makanan pula... petang2 solat asar di surau,kami sempat membaca al-mathurat bersama nenek2.. pada malamnya pula, solat maghrib di surau dan kami dihidangkan makanan rohani ( kuliah ) selepas maghrib.. setiap ari khamis akan diadakan bacaan Yaasin dan sedikit kenduri di surau itu.. begitulah rutin kami ketika di sana...

banyak betul pengalaman yang boleh kami peroleh di sana, bukan setakat pengalaman malah ilmu juga dapat dipungut sekali..

Tiada ulasan: