Isnin, 25 Januari 2010




Sebagai hamba Allah dimuka bumi ini, tanggungjawab kita adalah,:-
1) Menjadi hamba yang sentiasa taat kepada perintahNYA dan menjauhi laranganNYA...
2) Menjadi kahalifah dimuka bumi dengan memegang amanah dengan sebaiknya...

SELAMAT BERJUANG KEPADA FATAYAT DAN SYABAB DI LUAR SANA...
BUAT LAH YANG TERBAIK UNTUK DIRI,KELUARGA,MASYARAKAT,AGAMA,BANGSA DAN NEGARA...

Selamat Bercuti,sahabat2...


Jumaat, 18 Disember 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H




~KULLU `AM WA ANTUM BILKHAIR~

Semoga 12 bulan mendatang penuh cemerlang,
52 minggu kebahagiaan,
36 hari keberkatan,
8760 jam penuh kasih sayang,
dan 525600 saat penuh senyuman!

Marilah kita sama-sama berhijrah dari yang buruk kepada yang baik,
dan dari yang baik kepada yang lebih baik lagi, insyaALLAH...

Semoga Allah sentiasa meredhoi dam merahmati kita sebagai hambaNYA,
insyaALLAH Aamiinnnnn.....

Selasa, 1 Disember 2009

Ahad, 8 November 2009

DEFENISI PEMIMPIN

" Kepimpinan bermaksud bagaimana seseorang itu mengendalikan , mengelolakan dan proses tindakan atau menggerakkan sesuatu badan dan lain-lain . Kepimpinan juga boleh dirumuskan sebagai proses mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan organisasi ".
Jaafar Muhammad (1997) dalam bukunya , Kelakuan Organisasi Leeds Publications , KL

Apabila hendak di lantik menjadi pemimpin , status pelajar itu adalah Pemimpin di peringkat sekolah . Pemimin perlu diasuh , dibimbing dan di beri tunjuk ajar agar dapat mengamalkan nilai-nilai kepimpinan terpuji .

CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BERJAYA

* Cemerlang dalam pelajaran
* Memiliki sahsiah yang baik
* Bertanggungjawab
* Amanah
* Tolenrasi dan tegas
* Menghargai rakan
* Bijak berkomunikasi
* Boleh berbincang
* Sanggup menghadapi risiko
* Berfikiran terbuka dan positif

Perbandingan Antara Pemimpin dan Bukan Pemimpin

PEMIMPIN

* Bersikap terbuka, penyelesai masalah, pemberi nasihat
* Selesa dengan ahli kumpulan
* Pendengar yang baik
* adil dan mudah didekati
* Rendah diri serta tabah menghadapi dugaan
* Bertolak ansur dan percaya pada orang lain
* Berterus terang dan mengakui kesalahan diri
* Membahagi tugas sesama ahli dan menghormati dan menghargai tugas mereka
* Sentiasa mencari jalan agar pengikut lebih produktif , fokus pada matlamat kumpulan, dan bagaimana memberi ganjaran pada mereka

BUKAN PEMIMPIN

* Mengarah dan menginginkan ia dilaksanakan
* Mementingkan kepentingan diri dan status
* Tidak selesa kepentingan diri dan status
* Tidak selesa bekerja dengan ahli kumpulan
* Pandai bercakap sahaja
* Adil dengan ahli tertentu sahaja serta sombong
* Mengelak diri dari menghadapi masalah
* Tidak bertolak ansur dan sukar percaya pada orang lain
* Manipulatif serta menyalahkan orang lain
* Semua keputusan dibuat sendiri dan tidak menghormati dan menghargai tugas ahli

Isnin, 2 November 2009

الواجبات أكثر من الأوقات

Masa itu emas kerana masa itu amat berharga.
Oleh demikian, kita mesti bijaksana di dalam menguruskan masa kita dengan sebaiknya.
> Kita mesti ada masa yang tersusun supaya tidak sibuk , ;-
1) Masa beribadah
2) Masa makan
3) Masa tidur
4) Masa rehat
5) Masa riadhoh
6) Masa bersama keluarga / masyarakat
7) Masa untuk menambah ilmu pengetahuan
> Bagaimana untuk kita mendisiplinkan masa kita??
1) Mesti ada pengurusan masa.
2) Meninggalkan majlis2 yang membuang masa.
3) Membuang sifat melampau di dalam setiap perkara contoh makan/tidur dll.
4) Mendampingi orang2 aa`lim.
5) Membaca qisah2 Ulama`/ Anbiya`.

Sabtu, 31 Oktober 2009

Tuntutlah ilmu walau di mana jua !!!

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum kepada sahabat2 yang berada di luar sana . . .
Marilah melanjutkan pelajaran anda ke Kolej Islam Darul Ulum...
kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang masih menunutut ilmu di KIDU ataupun siswa/sisiwi yang bakal melanjutkan pelajaran ke KIDU, anda berpeluang melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih menarik lagi setelah tamat pengajian di KIDU iaitu seperti di :-
1) Universiti Al-Jinan , Lubnan.
2) UIN Syarif Hadayatullah, Jakarta , Indonesia.
3) IAIN Jambi dan IAIN Palembang , Indonesia.
4) Kolej Universiti INSANIAH