Sabtu, 22 Jun 2013
Renungan buat diriku juga sahabat...
Bekunya air mata dari kerasnya hati,
Kerasnya hati dari banyaknya dosa,
Banyaknya dosa dari lupanya mati,
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia...
Ketahuilah, sahabat...
penyakit umat akhir zaman adalah : Takutkan mati & cintakan dunia.
(( Berbahagialah orang yang dapat menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya )) ~ Saidina Ali ~
> Ayuh, perbaikilah & ubahlah diri sendiri kerana tiada siapa yang mampu mengubah dirimu melainkan diri sendiri..
> Kekuatan itu adalah ALLAH, jika mahukan kekuatan maka carilah ALLAH...
(( Jangan sia-siakan kehidupan yang tidak lama ini, perbanyakkanlah kebaikan selagi mampu, jangan sia-siakan pintu taubat yang masih terbuka, perbanyakkanlah berdoa`, berlumba-lumbalah berbuat kebaikan dengan orang-orang soleh )) ~ Syeikh Abd. Qadir al-Jailani ~
> Sesungguhnya, Allah sangat menyukai hambaNYA yang selalu bertaubat..
Segeralah bertaubat ( kembali kepadaNYA ) , jangan menyesal dikemudian hari..
> Hapuskanlah segala dosa-dosa yg telah lalu ( baik ucapan, tulisan, perbuatan ), moga terus kuat dan sabar di dlm menempuh hari-hari yang berbaki dengan pelbagai onak-duri cabaran kehidupan hari ini..
* Jagalah ALLAH, ALLAH pasti menjagamu *
~ Salam Mujahadah min Faqiroh Haqiroh ~
Sabtu, 21 Mei 2011
Ahad, 2 Januari 2011
Khamis, 11 November 2010


Kerajaan Kedah meneruskan agenda tarbiyah ummahnya, memastikan rakyatnya celik agama, berpaut pada pegangan yang benar, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..
Jom, adik-adik...
isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.
Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..
Untuk maklumat lanjut boleh melalui ini :
· Pembangunan Insan Kedah : http://pembangunaninsankedah.blogspot.com/
· Kem Anak Soleh : http://kemanaksoleh-kedah.blogspot.com/
· Kem Bina Insan : http://kem-binainsan.blogspot.com/
Atau boleh berhubung terus dengan :
Sekretriat KAS & KBI : 019-5909733
Sabtu, 4 September 2010
Selasa, 10 Ogos 2010
BaNyAkkAn memBaca al-QuRaN...

Myspace Islam Comments & Graphics
Masyhurnya bulan Ramadhan adalah dengan al-Quran, kerana al-Quran diturunkan pada bulan tersebut iaitu pada 17 ramadhan (Nuzul Quran ).
Selamat membaca,cuba khatam al-Quran pada bulan ni,rebutlah peluang keemasan nie..
SELAMAT BERPUASA!!

Salam Ramadhan Kareem buat sahabat2, guru2 dan seluruh umat Islam..
Alhamdulillah, kami di Muassasah ni bercuti selama 4 hari untuk menyambut bulan Ramdhan Kareem.
Semoga cuti ini, ana juga sahabat2 dapat merebut peluang untuk sama2 kita melakukan amal ibadat dengan sempurna.
Semoga ramadhan kali ini bermakna buat kita semua, AMIIN....
Rabu, 30 Jun 2010
HAPPY HOLIDAY!!!

Salam buat sahabat2ku, selamat bercuti...
KIDU cuma cuti selama seminggu sahaja iaitu bermula pada 27 hb jun sehingga 3 julai ja setelah tamat imtihan pada 26 hb jun baru2 ni, sekejapnya cuti...
Tapi ana cuma bercuti selama 3 hari sahaja dirumah sebab baru2 ni, MPMKIDU telah menganjur satu program " Jaulah Mahabbah " ke Terengganu dan Pahang yang bermula pada malam 27-30 hb jun. Ana antara salah seorang yang terlibat ke sana.
Antara tempat2 yang kami lawati di Terengganu ialah Maahad Tahfiz Tarbiyah, Muzium Negeri, Pasar Payang, Maahad Darul Quran, Taman Islam dan Kuala Kemaman. Manakala di Pahang kami melawati tempat2 seperti ke Ladang Teh,Taman Kaktus, Ladang Strawberry, Taman Lebah dll.
Semoga cuti ini, sahabat2 dapat mengisi masa yang ada dengan sebaiknya dan berfaedah...
Selasa, 8 Jun 2010
IMTIHAN DAH DEKAT NIE !!!

Wahai sahabat2ku di KIDU, selamat menghadapi
GERBANG PEPERIKSAAN x lama lagi iaitu bermula pada 13 - 26 Jun 2010...
Antara tip2 untuk mudah menghafal ilmu, ialah : -
1) Istighfar sebanyak 100 kali sehari
2) Selawat sebanyak 100 kali sehari
3) Berzikir sebanyak 300 kali sehari
4) Membaca al-Quran
5) Mengulagi bacaan kitab sebanyak 10 kali sehari
6) Makan makanan ( Halalan Thoiyyiba )
7) Menjaga hubungan baik dengan Allah S.W.T
8) Menjaga hubungan baik dengan ibubapa
9) Menjaga hubungan baik dengan guru-guru
10) Menjaga hubungan baik dengan sahabat-sahabat